Saturday, July 05, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014



Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu

bermandi keringat

meniti gigi hari

mendaki puncak tinggi

di merata lurah dan denai

menabur bakti

tanpa mau dipeduli.


Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.

Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.

Ismala


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.


Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif


  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.



Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah diadakan pada 18 Mei 2014 iaitu hari Ahad. Majlis dimulakan seawal 8 pagi di tapak perhimpunan dengan bacaan doa. Perutusan Hari Guru pula disampaikan oleh Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan 1. Dengan rutin tahunan nyanyian lagu Guru Malaysia serta bacaan ikrar, kali ini nyanyian dan bacaan ikrar diketuai oleh Cikgu Ranor Hanafi bin Razali. 











Majlis diikuti dengan pembahagian cenderahati untuk semua guru dan kakitangan sekolah.





Selesai perhimpunan, guru-guru mengikuti acara sukaneka pula. Diharapkan acara sebegini akan lebih mengeratkan lagi hubungan sesama guru dan semua kakitangan sekolah.



Kemudian, sambutan diteruskan dengan acara di dewan sekolah. Murid- murid dan guru memberikan persembahan seperti nyanyian, pakaian beragam, berbalas pantun, sajak dan juga 'action song'.




No comments:

Post a Comment