Tuesday, June 01, 2010

Hari Guru 2010

"Seorang insan ditabir malam...
Tersenyum di balik kepayahan ...
Terima kasih cahaya hatiku...
Tulus suci kasihmu...

Oh Tuhan rahmati guruku..."

Seperti tahun-tahun sudah,sambutan hari guru SKWM diadakan di sekolah.Seawal pagi murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan. Perutusan Hari Guru dibacakan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan HEM. Kemudian, bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh para guru.

Nyanyian lagu Kami Guru Malaysia


Bacaan ikrar guru SKWM diketuai Cikgu Sabri

Pada tahun ini, warga sekolah dihidangkan jamuan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Hari Guru Bahagian Masakan. Terdiri daripada guru-guru yang berbakat dalam bidang masakan, hasilnya warga SKWM dapat menikmati hidangan yang sangat menyelerakan.;)

Cikgu Mohamad dibantu oleh guru-guru
Cikgu Rohani turut menyumbang tenaga

AJK Masakan Hari Guru SKWM 2010

Majlis juga diserikan dengan persembahan daripada murid-murid. Pelbagai persembahan diadakan sementara menunggu waktu jamuan tengahari. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan Sambutan Hari Guru SKWM 2010. Jumpa lagi tahun depan!

MSSDKTS 2010

Gambar-gambar sekitar MSSDKTS 2010 (Bola Baling)


Pasukan Bola Baling Lelaki SKWM 2010

Pasukan Bola Baling Perempuan SKWM 2010






Saturday, March 06, 2010

Sambutan Maulidurrasul

SK Wakaf Mempelam telah mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 2 Mac 2010 yang mana merupakan program tahunan. Pada hari itu, semua murid dan guru menyertai perarakan dengan membawa sepanduk sambil berselawat.

Program bermula pada jam 9 pagi. Setelah selesai perarakan, kesemua peserta perarakan berada di masjid untuk mengikuti ceramah sempena Maulidurrasul.

Bersiap sedia untuk acara perarakan

Perarakan dimulakan sambil berselawat dengan pimpinan guru bertugas








Saturday, February 27, 2010

Hari Sukan dan Olahraga SKWM 2010



Pada 22-24 Februari 2010 telah berlangsung Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam buat kali yg ke-9. Acara kemuncak iaitu pada 24 Februari bermula pada jam 2.30 petang, telah berlangsung dengan meriah dan penuh warna warni.Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Wakaf Mempelam, YBhg Tn Hj Wan Mahyuddin bin Wan Ngah, juga para ibu bapa yang menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempana Hari Sukan pada tahun ini.

Acara dimulakan dengan upacara perbarisan oleh wakil-wakil daripada Rumah Biru, Merah, Kuning dan Hijau. Setelah itu, bacaan ikrar kejohanan dibacakan oleh wakil peserta serta dirasmikan oleh Penyelaras DUN selaku tetamu khas.

Pada jam 3 petang, acara kemuncak sukan sekolah bermula dengan pelbagai pertandingan termasuklah acara sukaneka, olahraga, pertandingan keceriaan khemah. Semangat semua peserta sangat dipuji kerana walaupun keadaan cuaca yang agak panas pada hari tersebut, tetapi kesemua peserta dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan hari tersebut.

Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh YBhg Tn Hj Wan Mahyuddin bin Wan Ngah. Sekalung ahniah diucapkan kepada Rumah Biru yang telah menjuarai kejohanan kali ini dan tahniah kepada semua yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi..Penghargaan juga buat semua warga SKWM yang memang 'best' sehingga menjayakan Hari Sukan pada tahun ini. Jumpa lagi di tahun hadapan!!

Biru Perkasa! Juara Keseluruhan bagi tahun 2010.

Idea penuh kreatif daripada Rumah Kuning..tempat ke-2 perbarisan antara rumah-rumah

Wednesday, February 24, 2010

SKWM online..

Selamat datang ke laman blog Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam..Laman ini masih dalam proses peningkatan. Sebarang cadangan penambahbaikan boleh disampaikan melalui catatan komen atau emailkan ke skwmtba3023@gmail.com.