Tuesday, March 18, 2014

LAWATAN EXCO KE PPKIBP

Kami menerima kunjungan daripada Exco Kerajaan Negeri Terengganu ke kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKIBP). Salah seorang pelajar yang diberi perhatian adalah pelajar bermasalah jantung di luar, Muhammad Faiz Muntasir, 8 tahun.



Kedatangan YB juga memberikan perhatian terhadap kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh murid-murid PPKIBP
Kami mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan YB kepada anak-anak ini. Semoga Allah jua yang dapat membalasnya.

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber pada 26 Januari 2014. Seramai 150 orang murid terpilih telah dilantik pada  hari berkenaan.

Majlis disempurnakan dengan penyerahan watikah oleh Sarjan . Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas.
Ucapan penutup oleh Cikgu Rosidi Sujanto bin Abdullah selaku Guru Disiplin sekolah.
Diharapkan semoga semua pengawas yang telah dilantik akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.


Monday, March 10, 2014

MAKLUMAT SEKOLAH



NAMA SEKOLAH : SK WAKAF MEMPELAM

ALAMAT : SK WAKAF MEMPELAM, 20050 KUALA TERENGGANU,
                   TERENGGANU DARUL IMAN

KOD SEKOLAH : TBA3023

NO. TELEFON : 09-6227211

NO. FAKS : 09-6243700

EMAIL : skwmtba3023@gmail.com

PKG : PUSAT KEGIATAN GURU DURIAN BURONG (09-6230544)