Saturday, February 27, 2010

Hari Sukan dan Olahraga SKWM 2010



Pada 22-24 Februari 2010 telah berlangsung Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam buat kali yg ke-9. Acara kemuncak iaitu pada 24 Februari bermula pada jam 2.30 petang, telah berlangsung dengan meriah dan penuh warna warni.Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Wakaf Mempelam, YBhg Tn Hj Wan Mahyuddin bin Wan Ngah, juga para ibu bapa yang menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempana Hari Sukan pada tahun ini.

Acara dimulakan dengan upacara perbarisan oleh wakil-wakil daripada Rumah Biru, Merah, Kuning dan Hijau. Setelah itu, bacaan ikrar kejohanan dibacakan oleh wakil peserta serta dirasmikan oleh Penyelaras DUN selaku tetamu khas.

Pada jam 3 petang, acara kemuncak sukan sekolah bermula dengan pelbagai pertandingan termasuklah acara sukaneka, olahraga, pertandingan keceriaan khemah. Semangat semua peserta sangat dipuji kerana walaupun keadaan cuaca yang agak panas pada hari tersebut, tetapi kesemua peserta dapat memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan hari tersebut.

Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah oleh YBhg Tn Hj Wan Mahyuddin bin Wan Ngah. Sekalung ahniah diucapkan kepada Rumah Biru yang telah menjuarai kejohanan kali ini dan tahniah kepada semua yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi..Penghargaan juga buat semua warga SKWM yang memang 'best' sehingga menjayakan Hari Sukan pada tahun ini. Jumpa lagi di tahun hadapan!!

Biru Perkasa! Juara Keseluruhan bagi tahun 2010.

Idea penuh kreatif daripada Rumah Kuning..tempat ke-2 perbarisan antara rumah-rumah

Wednesday, February 24, 2010

SKWM online..

Selamat datang ke laman blog Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam..Laman ini masih dalam proses peningkatan. Sebarang cadangan penambahbaikan boleh disampaikan melalui catatan komen atau emailkan ke skwmtba3023@gmail.com.