Wednesday, November 26, 2014

Keputusan UPSR Tahun 2014

Alhamdulillah..
Tahniah diucapkan warga SKWM.terutama kepada adik-adik tahun 6 dan guru-guru yang telah bertungkus-lumus sepanjang tahun. Seramai 14 orang murid telah berjaya mendapat keputusan 5A iaitu meningkat berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak.

Syabas adik-adik SKWM. Semoga terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi.
Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha kerana kejayaan bukan hanya terletak pada keputusan peperiksaan, akan tetapi bergantung kepada keazaman kita untuk terus jadi yang terbaik sepanjang hidup.